Sunday, 9 June 2013

Jom solat , cara solat istikharah =D

Assalamualaikum... 

Alhamdulillahh .. i'm still alive tuhan masih panjangkan umo untuk terus menghirup udara segar di alam ciptaannya .. actually rindu sangat nak update , and macam macam dah jadi but ntah laa hati and tangan nie berat sangat untuk mencoret ... ye laa bukan semua perkara boleyh diluahkan dengan kata kata kan ? =) But dun't worry bukan semuanye cerita duka lara ade yang mengembirakan jugak =) , oke laa ito laa org kata intro sikit maklum laa da lama ta taip taip nie well tengah berhoneymoon cuti sem hahahahha ... oke laa actually baru nie ako ade problemm soo fikir punya fikir pililh punya pilih hati ako still ragu ragu soo ako pun tanya laa kawan ako si katy (nama glamour ) hahahha die suggest laa ako buad solat istikharah  pun boleyh dong .. soo ako hope maybe ape yang ako share nie mungkin boleyh bantu org laen yang tengah serabut mcm ako untuk buad keputusan jugak , =D 

Masa yang sesuai untuk jalankan solat =)


Lakukanlah sama ada sebelum korang  tidur atau bangun sebelum subuh.Mintalah petunjuk dari Allah swt dalam membuat keputusan. insyaAllah akan diberi petunjuk dan apabila kamu telah diberikan petunjuk ikutlah petunjuk tersebut dengan redha. oke nak senang kan cite 1/3 malam laa waktu yang sesuai .. 1/3 malam pukul berapa kira sendiri laa ye heheheh .. 

cara untuk buad solat istilkharah


Lafaz niat:

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

Doa istikharah

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”




Ade orang kata solat istikharah untuk pilih calon isteri atau suami je but tak semestinya kita boleyh buad solat istikharah nie untuk apa sahaja perkara yang baek dan kita ade dua pilihan soo solat istikharah nie akan bantu kita pilih the best among the best omputih kata hahahah , ha lagi satu bila kita da buad solat istikharah nie maksudnya kita redha dan berserah dengan ketentuan dan pilihan allah soo jangan laa kita merunggut dan masih meragukan pertunjuk yang kita dah dapat kerana itu yang terbaek yang allah dah atur kan WALAUPUN kita tak suka . 




p.s : Hope korang yang ade masalah untuk buad pilihan boleyh laa selesaikan dengan cara mcm nie =D . and lastly , yang baek datangnya dari  yang maha Esa yang terkurang datangnya dari ako kerana ako jugak manusia biasa, no body is perfect :)